Saturday, February 5, 2011

hal!!!!!!!!

tentang orang

kita hendakla memberi bantuan kepada orang yang lebih susah dari kita

cerita lawak

MENYAMAR

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan
dirundung rasa malu yang amat sangat.

Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.

Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya...
Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya..
kali ini sebagai Syeikh Arab....

Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang...
Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek....
Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.."

Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim"

Kerana kehairanan yang amat sangat...
"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

Nenek itu menjawab..
"La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

Sifat manusia berdasarkan kentutnya..

ORANG YANG TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang lain

ORANG YANG BANGANG
Orang yang menahan kentutnya berjam-jam

ORANG YANG BERWAWASAN JAUH
Orang yang tahu bila dia hendak kentut

ORANG YANG SENGSARA
Orang yang nak kentut tapi tak boleh kentut

ORANG YANG MISTERI
Orang yang kalau kentut, orang lain takkan tahu

ORANG YANG GUGUP
Orang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa untuk kentut

ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum

ORANG YANG SADIS
Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada katil
orang lain

ORANG YANG PEMALU
Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu merasa malu sendiri

ORANG YANG STRATEGIK
Orang yang sering menyembunyikan kentutnya dengan ketawa
terbahak-bahak agar tidak didengari oleh orang lain

ORANG YANG ***
Orang yang dah kentut, kemudian menarik nafas untuk menggantikan angin yang keluar

ORANG YANG PELIK
Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya sediki-sedikit sampai bunyi
"tit - tit - tittttt"

ORANG YANG SOMBONG
Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga dengan kentutnya

ORANG YANG PERAMAH
Orang yang sering mencium kentut orang lain

ORANG YANG TIDAK SUKA BERGAUL
Orang yang selalu kentut bersembunyi

ORANG YANG AKUATIK
Orang yang selalu kentut dalam air sampai berbunyi
"blekutuk - blekutuk - bloop - bloop - bloopp"

ORANG YANG ATLET
Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan tenaga dalaman

ORANG YANG JUJUR
Orang yang sering mengaku apabila terkentut

ORANG YANG PINTAR
Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang

ORANG YANG ROMANTIK
Orang yang sering memuji-muji kentut pasangannya itu merdu, harum dan wangi...

Kisah Seram Kaki Pancing...

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi,
kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing
kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang
dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat
Zohor. tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg
gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal
ker,sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia
nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2
kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang,
patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2
kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis
sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing
balik,
sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.

Sunday, October 24, 2010


Malam pertama

Suasana masih riuh di luar.. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur..

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum! " ke telinganya untuk Menguji
isteriku.

"Wa alaikummussalam. " Rupanya isteriku masih belum tidur.. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku
tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini.
Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg. ...."

"Tik..tik..tik. .tik..."

"Kring.. kring..kring. ."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang
seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku..

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree..kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan... Potong stim betullah!!!

TAMAT

MALAM JUMAAT

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin
beristirahat awal bersama isterinya,
dia fikir dia akan dapat banyak
ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran
paling nyata ialah hakikat dia kini
sudah mempunyai lapan orang anak:
empat daripada mereka masih kecil
lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu.

"Malam ini kita tidur awal. Malam
jumaat" kata Kasim pada Ani,
isterinnya yang sedang menyusu anak
bongsu mereka.

" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita
masih belum tidur, nanti saya tidur
kan mereka dulu"

" Baiklah awak uruskan mereka. Abang
akan ke bilik sebelah membaca Al-
quran" balas Kassim, sambil ke bilik
air mengambil wudhuk, setelah mendapat
kan songkok. Kitab al-quran dan
meminum seteguk air sejuk Kassim
bersedia untuk memulakan kerja
ibadahnya?

"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"

" Bang anak? Anak dah tidur" Terkejut
Kassim mendengar suara Ani yang
membawa khabar baik kepadannya dalam
jangkamasa yang begitu singkat.

" SODAQALLAHULAZEEM "

Tu lah dahsyat nya malam Jumaat......

menajamkan fikiran

4 Perkara menajamkan fikiran

i) Tidak banyak berbual kosong
ii) Rajin bersugi
iii) Bercakap dengan orang soleh
iv) Bergaul dengan para ulama

menguatkan badan

4 Perkara Dalam Islam Berkait Rapat Dalam Kehidupan


4 Perkara menguatkan badan

i) Makan daging
ii) Memakai haruman/wangi-wangian
iii) Kerap mandi
iv) Berpakaian dari kapas

No comments:

Post a Comment